
Tika aku di rundung sedih yang tak mungkin berkesudahan,
Aku bagaikan merpati putih yang tiada arah tujuan,
Mencari ketenangan, mencari kelapangan hati, mencari kejujuran sebuah cinta,
Dalam kegelapan aku beranikan diri meniti sebuah cinta yang telah lama aku sulam,
Adakah yang tersulam itu menjadi sebuah artistic yang terindah?
Bantulah aku teman….
Disetiap langkah aku terus berhati2 mencari keinginanku..
Bertaut di dahan yang rapuh dengan meringankan beban yang telah lama aku pikul…
Bertahanlah kau wahai dahan yang hadir tika aku mencari,
Penuh noda hadir tiba2..
Berjuta rintangan yang menghempas..
Namun…..
Ku tergarkan diri mencari sinar katarsis..
Sinar sebuah cinta yang tulus penuh kejujuran dari hati yang ingin mencintai..
Cinta dan pengorbanan sering diertikan sebagai satu yang terlalu mudah
Oh..tidak!, cinta amat sukar mencari pasangannya..
Mengapa aku terus berharap dengan cinta..
Sedangkan aku mengerti bahawa cinta yang aku lalui selama ini amat perit dan menyakitkan..
Dimanakah coretan cinta indah dalam hidup??
Cahaya terang menerpa ke wajahku..
Aku terus terpinga2..
Adakah itu sinar sebuah cinta sejati dari sang pecinta yang tulus?/
Sinar yang terang itu terus mengejar dan mendekati aku..
Aku bingung..
Adakah itu sinar cinta yang aku cari?/
Petanda kekosongan hati terus menhantui..
Aku terus keliru dengan kata hati yang terus berbisik..
Cinta dan sayang jadi campuran rempah yang sukar dipisahkan
Lilin hati kuhiasi menjadi cantik serba baru
Semuanya kerana mu….
Ku yang lemah kini gagah asal buruk jadi indah
kerana sentuhan cintamu…..
ku susur langkah melayarkan hari indah
bersamamu………
lilin diri takkan padam
seandainya engkau adalah sumbunya…..
engkau lah insan kudambakan
permata syurga jelmaan dunia……
turun ke laut mencari dasar…
bingkisan kata seribu makna..
aku ucapkan untukmu wahai kekasih..
teruskanlah menyarung cincin petanda cinta….
Terima kasih sayang…